{56}
Al-WaQi’ah (kejadian yang besar), 1~96.
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. (Ingatlah)
apabila terjadi kejadian yang besar itu.
2. Tentang
kejadian nya itu tidak ada (kisah) yang dusta.
3. (Ia)
yang merendahkan, yang meninggikan.
4.
(Ingatlah) apabila akan digoncangkan bumi itu sekeras-keras nya.
5. Dan
dihancurkan gunung-gunung itu selumat-lumat nya.
6. Maka
jadilah ia debu yang berterbangan.
7. Dan
jadilah kamu tiga (golongan).
8. Iaitu
orang-orang pihak kanan, siapakah (dia)
orang pihak kanan itu ?
9. Dan
orang-orang yang belakag siapakah (dia) orang yang celaka itu ?
10. Dan
orang-orang yang terdahulu itu lah orang-orang
yang terdahulu
11.
Merekalah orang-orang yang dihampirkan.
12.
Didalam kebun-kebun kenikmatan.
13.
(Mereka adalah) golongan yang terbesar dari umat-umat terdahulu.
14. Dan
sedikit dari orang-orang yang belakangan.
15. Atas
tempat-tempat duduk yang tersulam (mereka berada).
16.
Sambil bersandar diatas nya, berhadapan-hadapan.
17. Akan
melayani mereka anak-anak muda yang tidak akan berubah keadaan nya.
18.
Dengan (membawa) chankir-chankir dan cerek-cerek dan piala-piala yang berisi
arak dari satu mata air.
19.
Mereka tidak akan disentuh sakit kepala kerana nya dan tidak (pula) mereka akan mabuk.
20. Dan
(dengan) buah-buahan dari (jenis) yang mereka sukai.
21. Dan
(dengan) daging burung dari (jenis) yang gemari.
22. Dan
(akan melayani mereka) bidadari-bidadari.
23. Yang
seperti mutiara yang tersimpan.
24.
Sebagai balasan bagi apa yang pernah mereka kerjakan.
25.
Mereka tidak akan dengar didalamnya omongan yang sia-sia dan tidak (suatu) yang
membawa kedusta.
26.
Melainkan omongan; “selamat ! selamat!”.
27. Dan
orang-orang (sebelah) kanan, siapakah dia orang-orang (sebelah) kanan itu ?
28.
(Mereka) di(dekat) pohon bidara yang tidak berduri.
29. Dan
di(dekat) pohon pisang ynag bersusun-susun.
30. Dan
di(dekat) naungan yang terhampar panjang.
31. Dan
di(dekat) air yang terus menerus mengalir.
32. Dan
di(dekat) buah-buahan yang banyak.
33. Yang
tidak putus-putus dan tidak terlarang.
34. Dan
di(dekat) isteri-isteri yang terletak ditempat yang tinggi.
35. Yang
kami jadikan mereka itu satu kejadian yang baharu.
36. Iaitu
kami jadikan mereka perawan-perawan.
37. Yang
penuh percintaan, sebaya.
38. Untuk
orang-orang yang (disebelah) kanan itu.
39.
(Mereka adalah) satu golongan yang terbesar dari orang-orang dahulu.
40. Dan
satu golongan yang terbesar (juga) dari orang-orang yang belakangan.
41. Dan
orang-orang pihak kiri, siapakah dia
orang-orang pihak kiri itu ?
42.
(mereka) dalam angin yang sangat panas dan air yang sangat mendidih.
43. Dan
dinaungan dari asap yang hitam.
44. Yang
tidak dingin dan tidak menyenangkan.
45.
Sesungguhya mereka, sebelum itu, adalah dalam kesenangan yang besar.
46. Dan
adalah mereka itu terus menerus dalam dosa yang besar.
47. Dan
adalah mereka pernah berkata; “apakah
kalau kita sodah mati dan kita jadi debu
dan (tinggal) tulang, kita akan dibangkitkan ?”.
48. “Dan
apakah bapa-bapa kita yang dahulu-dahulu (juga akan dibangkitkan)?.
49.
Jawablah; “Sesungguhnya orang-orang dahulu dan yang belakangan”.
50. “Akan
dikumpulkan pada satu waktu yang tertentu dari satu hari yang sudah maklum”.
51. “Kemudian
sesungguhnya kamu, hai orang-orang yang sesat, yang mendustakan!”.
52.
“Sesungguhnya (kamu) akan makan dari pohon, iaiatu (pohon) zakum”.
53. “Maka
akan kamu penuhi perut-perut kamu dengannya”.
54.
“Lantas kamu akan minum sudah itu, air yang sangat mendidih”.
55.
“Iaitu kamu akan minum secara unta yang sangat haus”.
56. Ini
adalah jamuan bagi mereka pada hari pembalasan.
57.
Kamilah yang telah jadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak mahu membenarkan ?
58. Maka
sudahkah kamu perhatikan apa yang kamu pancarkan ?
59.
Kamulah yang menjadikan nya atau kah kami yang mengadakan (nya) ?
60. Kami
lah yang telah tentukan kematian diantara kamu, dan tidak lah dapat kami
dihalangi.
61.
Daripada mengganti kamu dengan orang-orang yang seperti kamu, dan (daripada) menjadikan kamu dalam
(kejadian) yang tidak kamu ketahui.
62. Dan
sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama. Maka mengapakah kamu
tidak mahu perhatikan ?
63. Maka
sudahkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam ?
64.
Kamukah yang menanam nya atau kah kami penanam(nya)?
65. Jika
kami kehendaki, nescaya kami jadikan nya racikan-racikan kayu. Maka jadilah
kamu berdukacita.
66.
(Sambil) berkata; “sesungguhnya kami terpikul hutang”.
67.
“Bahkan kami terhampa”.
68. Maka
sudahkah kamu perhatikan air yang kamu minum?
69.
Apakah kamu yang turunkan nya dari mega, atau kah kami yang menurunkan(nya)?
70. Jika
kami kehendaki, nescaya kami jadikan nya isian sekali, maka mengapakah kamu
tidak mahu bersyukur ?.
71. Maka
sudahkah kamu perhatikan api yang kamu nyalakan ?
72.
Apakah kamu yang jadikan pohon nya, atau kah kami yang mengadakan (nya) ?
73. Kami
telah jadikan nya peringatan dan bekalan untuk orang-orang musafir.
74. Oleh
kerana itu, sucikan lah nama Tuhan mu yang besar.
75. Maka
janganlah (demikian) ! aku bersumpah dengan tempat-tempat turun
bahagian-bahagian Quran.
76. Pada
hal sesungguhnya ia itu satu sumpah yang besar, jika kamu mengetahui.
77.
Sesungguhnya ia itu (adalah Quran) yang mulia.
78. Dalam
kitab yang terpilihara.
79. Yang
tidak menyentuh dia melainkan (makhluk) yang dibersihkan.
80.
Penurunan dari pengurus sekelian alam.
81. Maka
apakah kamu hendak dustakan omongan ini ?
82. Dan
hal kamu mendustakan itu kamu jadikan sebahagian rezeki kamu.
83. Maka
mengapakah tidak ketika (jiwa itu) sampai dikerongkongan.
84.
Sedang kamu diketika itu melihat ?
85. Pada
hal kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
86. Maka
sekiranya kamu bukan orang-orang yang
diperhamba, mengapakah tidak.
87. Kamu
kembalikan (roh) itu, jika adalah kamu orang-orang yang benar ?
88.
Tetapi sekiranya adalah ia dari golongan orang-orang yang dihampirkan.
89. Maka
(baginya) kelapangan dan istirahat dan
syurga kenikmatan.
90. Dan
adakah ia dari orang-orang sebelah kanan.
91. Maka
keselamatan bagi mu dari orang-orang sebelah kanan.
92. Dan
jika adalah ia dari orang-orang yang mendustakan, yang menyesatkan.
93. Maka
(baginya) hidangan dari air yang sanat
panas.
94. Dan
masuk neraka.
95.
Sesungguhnya ini ialah keyakinan yang benar.
96.
lantaran itu, sucikan lah nama Tuhan mu yang besar.